Archive for September, 2006

mY hEArt

Tuesday, September 26th, 2006

1171297240_m *My heart…cool giler cite nih. Sedih banget…hukhukhuk. Jalan cite pon menarik…tak boring..bagi aku la. Orang lain tanyer diorg sndr. Lagu pon best giler. Senang cite…film ni worth it bg aku. Tak rugi ahh rs gi tgk kat wayang. Cinta or sayang? Dua benda yang berbeza sgt…tp tak ramai yg faham konsep nih. Maybe nampak cam serupa kot…tp still tak sm kan? Ummm ssh kalo dah terjebak dlm probs camnih. Huhuuhuhu cite ni sedih…nak bli dvd plak ahh..hegege. Salute ngan watak Rachel…sanggup berkorban ape saje tuk org yg dia sayang+cinta. Bkn sume org bleh wat camtuh skang nih kan?…buat ape yg terbaik utk org yg kite syg…bkn buat ape yg terbaik utk kepuasan diri kite sndr :(

Disini kau dan aku

Terbiasa bersama

MEnjalanai kasih sayang

Bahagia ku denganmu

Pernahkah kau menguntai

Hari paling indah

Ku ukir nama kita berdua

Disini syurga kita

Bila kita mencintai yang lain

Mungkin kah hati ini akan tegar

Sebisa mungkin tak akan pernah

Sayang ku akan hilang

If you love somebody could we be this strong

I will fight to win our love will conquer all

Wouldn’t risk my love

Even just one night

Our love will stay in my heart

My heart….

fadhilat solat terawikh

Monday, September 25th, 2006

diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1:
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:
diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:
berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:
seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.

malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:
Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:
keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:
datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:
datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:
datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:
semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:
Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:
seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:
datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:
Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:
Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:
Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’"

tioman #2..

Tuesday, September 5th, 2006

Ummm juz went back from nipah isnin lepas..4 sept. Plan awal nak balik 3 sept tp masing2 terpaksa amik cuti lg sehari coz sangkut kat mersing. Hehehe lawak2. Nie br real back-packers..kamikaze kekonon. Last2 sume kelaut..hahaha.

Cam biase kitaorg mst gerak malam coz smp sn pagi n trus naik bot. Bus kul 11 mlm…n yg join trip kali nie sumer 9 org. Smp sn gedebak-gedebuk…hikhikhik dlm kul 9 lebih. Msk bilik n kemas2 sikit bj. Br senang kan? Kali ni tak dpt bilik mengadap laut…coz bilik full. Ramai pulak org kat sn kali nih. N mula2 smp pon terkejut tgk pantai…dah dekat ngan bilik. Tak dpt bilik depan pon takpe la..hehe seriau.

Cuaca ok sgt2. Tak mcm KL…ujan manjang kan? Sepanjang kat sn ujan turun sekali jer…tu pon pepagi buta. Blom bangun lg pon…:D. Alhamdulillah…takde la berujan je kan? 1st day…umm tak byk aktiviti hari tuh. Mmg duk relax jer. Kali ni mmg aku nak relax jer gi sn. Malas nak penatkan badan…so relax smp lebam. Team yg gi kali ni tak seBEST team yg lepas. Cam ade yg tak kena..ummm ade org yg kureng menyenangkan kot. Boring sikit la..

2nd day..bangun pg je dah selsema. Tak sangka plak bleh trus demam. Huh potong btol..so 2nd n 3rd day aku demam kat sn. Keje nyer tido…tido n tido. Sempat mancing sekali jer…nasib baik byk gak dpt ikan..pe lagi mlm tuh bbq la. Tetiap mlm bbq…smp tak termakan ikan2 tuh sumer.

Mmmm…tak byk nak cite la kali nie. Apa org ckp…1st time tuh sentiasa jd yg paling BEST. Tak kira la dlm ape pon perkara yg kite buat kan? Tp nipah maintain camtuh…juz emosi aku je tak cam 1st time dtg dulu. Certain time mmg rs enjoy giler…tp still rs kosong. Nape ek? Atie je kot tau…hahahah. New experience kali nie..aku blaja bwk speed bot..hahaha. Cam bwk kete gak coz dia guna auto gear. Tp ssh la gak..coz tak dpt nak agak. Kejap je bwknyerr…pastu sume org takot coz blk2 pusing tmpt yg sm..hahahah. Kali ni aku byk abiskan ms gi jln2 naik bot. Langsung tak turun laut tuk cepum2. Tu pon hangus jgk kulit aku nie..:)

Tak byk cite kat sn cam 1st time dtg. Tp byk cite ms kitaorg nak blk. Hahahaha mmg takleh luper. Mcm biase lg…kitaorg kuar dr nipah kul 3 ptg. Tiket bus tak bli lg…cam aku ckp td sume nak kamikaze konon. Smp jeti genting…tggu punyer tggu speed bot takde plak. Dr kul 3 smp kul 5 lebih br ade 1 je ferri lalu…tu pon memula tamo naik..kekonon nak tggu speed bot..nk cepat la katakan. Skali abg tu kata mmg takde speed bot la..so terpaksa la naik. Ferri tu bantai plak gi round 1 tioman amik org…perghhh kat situ je dah smp kul 7 mlm. Kalo nak speed bot rs dah smp jeti mersing kot kitaorg nih. Nak buat camne kan? Follow je la…

Kuar dr tioman kul 7 mlm..bayangkan la kul bape plak nak smp jeti mersing nie. Dlm lebih kurang 2 jam kitaorg pon dah nampak jeti mersing..sbb lampu byk la :D. Seronok tak ingat punyer..coz duk dlm tu rs nak pengsan dah masing2. Dah la boring..pening plak tuh + lembab lg… Arghhhhhhhh tamo camni lg! Tiba2…huh ferri sangkut plak coz air surut. Hukhukhuk mama nak balik :). Terpaksa la dia patah blk n tggu plak speed bot dtg amik kitaorg yg ramai alam tuh.

Dah sekian lama kena tggu..smp la 2 speed bot amik kitaorg. Beratur punyer la lama…cam kat Uitm plak rsnyer. Ms berebut naik bus nak gi class kat stadium dulu…hehehehe. Kitaorg terpisah jd 2 group plak…naik lain2 speed bot. Rs happy sikit ms tuh…:D. Nak smp kat jeti jer…isk ape ke malang la kitaorg nih…bot majoriti plak tuh sangkut kat teluk. Driver bot tuh tak pasan bot dah naik atas pasir. Adoiiiiii ape lagi la nih? Sekian lama lg tggu plak dia nak patah blk…bayangkan je la kalo bot dah naik atas pasir. Tak lama pastu ok la…bleh jln blk. Yahooo…seronoknyerr nak smp dah. Abg ayie ngan abg sani dah smp lama kot kat jeti mersing. Tggl kitaorg 5 org je sangkut lagi. Smp kat jeti bot takleh gi depan2 jeti plak…ade kargo park kat situ. Ya Allah…mcm2 dugaan. Terpaksa panjat bot yg lain…tuk naik kat jeti…hurmmmmmmmm???

Tp Alhamdulillah akhirnya smp gak kat jeti kan? Sibuk cr beg pastu gerak la dr situ. Abg ayie muncul n dia bg tau tiket bus dah abis. Huhuhuhu…ape lagi la ni? Ade 1 tiket je n AM amik tiket tuh coz dia ssh nak apply cuti. So dia sorang je blk KL. Kitaorg cr la hotel kat bandar mersing tuh…bandar tak berapa nak bandar la jgk..hehehe. Msk bilik…letak beg yg berat nak mampos tuh n kitaorg kuar mkn. Perut dah kebulur giler dah nie…bayangkan dr kul 3 ptg kat tioman n smp mersing kul 10 mlm…ummmm. Jangka ms yg sgt2 lama.

Mkn dekat je ngan hotel coz masing2 dah malas nak jln lg. Org yg kitaorg ingat dah selamat blk tetiba call abg ayie. Ummm rsnyer pesal ek? Hahaha lawak dunia btol…kena tggl bus plak. Mcm tak logik je kan? AM kena tggl bus abg ayie ckp..huhuhuhuh. Tatau la aku nak ckp ape..tp mcm pelik coz budak laki yg kena tggl bus? Padehal dah duk kat bus station tuh sekian lama. Ape daaaa…so abis mkn kena la plak amik dia kat sn. Muker dia tak ingat punyer bengang…nak kutuk lelebih tak best la plak. Tp…ummm ahh malas la ckp lelebih. Yg penting bkn kaum aku…hahahah. Campak dak pompuan pon lg bleh idup dr dak laki…mmg pelik tp benar..hehehe.

Esk kul 6 pg aku ngan atie dah bgn coz kul 7 dah kena gerak gi bus station. Smp sn kena tggl bus lg…?????? So decide gi isi perut dulu n naik la bus lompat2 gi Kluang. Smp Kluang trus dpt bus kul 11 pg blk KL..umm akhirnyaaaa. Elok2 bleh smp kul 3 lebih…disebabkan jam kat Seremban kitaorg smp KL dekat nak kul 5 ptg. Tp alhamdulillah coz kitaorg smp jgk…:).

Mcm2 halangan plak kali nie. Hehehe…tp tuh sumer aku anggap kenangan manis dlm idup nie. Biler lg nak merasa pengalaman camtuh kan? Time2 muda nie la…hikhikhik. Real back-packers. InsyaAllah akan dtg aku nak travel ngan atie jer. Gi la mn2 rs kaki nak pegi. Bak kata org tua2..ms muda ni la kita nak tgk tmpt org (sblm kahwin hikhikhik)…coz nnt dah terikat ssh nak gerak kan?

N aku blaja byk bende dlm ms beberapa thn nie. N byk yg mendewasakan aku. Byk pengalaman yg jadikan aku lg matang. Byk jgk ms aku abiskan tuk explore bende br :D. Blk KL..sumenyer berjln cam biase. Bangun pg kena gi ofis. Pengajaran aku dpt kali nih…tak semestinya ape yg kite rancang akan berjalan dengan lancar. Sumernyerr kena dpt keizinan dari-Nya dulu kan?

Pape pon…aku enjoy gi trip kali nie. Walaupon tak se-enjoy 1st trip. Yg penting dah dpt green-light dr pak wan. Anytime nak dtg call jer. Duk free atie ckp. Tp kena tolong dia masak…hehehehe. No problem nyer. So pasni rs2 boring ngan KL trus turun sn la..yey!!!!!